Sunday, 7 October 2018

Perjalanan kali ini adalah satu kesilapan




what's up,

   Satu hari, aku merayau dalam kedai buku Pustaka Rakyat. semasa tengah rambang mata nak pilih buku tu, tiba-tiba aku tertarik dengan buku satu ni. bila aku baca sinopsis di belakang buku ini, aku dapat merasakan yang isi dalam buku ni sedap untuk dibincangkan.

  TRAVELOG SI BUTA DAN SI PEKAK

     semasa aku baca tajuk kecil pada kulit hadapan buku ini, aku sempat memerlekehkan penulisnya iaitu Riduan A dullah. pasal bagi aku ianya seolah-olah sebuah cerita dongeng. tapi bila aku buka halaman belakang buku ini, ada logo Jabatan Kebajikan Masyarakat, terus aku berhenti memperlekehkan penulisnya.

    kalau korang semak setiap perenggan dalam buku ni, sebenarnya bukan aku sorang je yang memperlekhkan penulisnya,  tapi penulis itu sendiri iaiti Riduan A dullah menceritakan yang ramai orang memperlekehkannya serta menganggap dia tak matang sebab buat sesuatu yang tak pernah dibuat oleh orang lain. ye la, ko gila ke apa? bawak orang buta dan pekak pergi backpacking

   untuk pengetahuan korang juga, sebelum Riduan A dullah keluarkan buku ni, dia sempat keluarkan satu buku yang bertajuk, 'Goji Bundi'. tapi kena kritik teruk kerana dianggap hanya bermotifkan emosi, kerana semasa mengarang 'Goji Bundi', abang duan tengah putus cinta.

    ini adalah satu karya daripada seorang penulis yang kreatif. dengan gaya penulisan yang santai, kritikan yang direct tapi tidak biadap, disulami pula dengan lagu-lagu indie dalam setiap cerita, semasa membaca tu seolah-olah korang tengah menonton video travelog dan berlatar-belakangkan alunan muzik yang seolah-olah kena dengan jalan cerita.

   HIDUP ADALAH SEBUAH PERJALANAN

      si karnal, (ye bro dalam bahasa sepanyol)

       hidup memang sebuah perjalanan. 1400 tahun yang lalu nabi Muhammad sendiri dah pernah sebutkan. akan tetapi dalam perjalanan itu, apakah pilihan korang? adakah korang ingin menjadi insan yang bersifat generous yang sentiasa cakna dengan kesusahan orang lain, atau korang ingin menjadi insan yang ego dan pentingkan diri? yang mana dalam segala hal, korang insan yang hanya memikirkan diri sendiri sahaja dan adakalanya sifat itu memudaratkan orang lain? atau persoalan yang lebih gampang adalah, sejauh mana sahaja korang bersyukur dengan nikmat yang diberikan olehNYA? persoalan lain adalah, semasa dalam perjalanan ini berapa banyak kesilapan yang korang lakukan? dan adakah korang belajar daripada kesilapan itu?

       pujangga mengatakan bahawa hidup seseorang insan itu bagaikan boomerang. ianya adalah satu alat yang jika dibaling sejauh mana sekalipun, ia tetap akan kembali kepada orang yang baling itu. dalam hidup, segala apa yang kita berikan kepada orang lain iaitu, akhlak, pemikiran, dan tindakan, akan mempengaruhi hidup kita pada masa akan datang.

     sebagai contoh, jika korang ternampak seekor kucing yang sedang kelaparan depan mata korang, apa yang korang akan lakukan? adakah korang akan berikan sedikit makanan, atau tendang kucing tersebut? tak kira yang mana korang pilih, hasil dia tetap akan kembali kepada diri korang. kalau korang pilih untuk memberi kucing itu makan, orang yang menyaksikannya akan memandang tinggi diri kau. dan menganggap kau seorang yang baik, dan tidak mustahil suatu hari nanti orang melihat itu akan membantu kau ketika dalam kesusahan. tapi kalau korang pilih untuk tendang atau aniaya kucing itu, orang akan anggap kau seorang yang kejam, dan membenci kau. lebih malang lagi, mungkin ada orang yang nampak itu pukul kau.

      dalam perjalanan ini (kehidupan) untuk menjadi seorang yang mempunyai akhlak yang mulia, seolah-olah membawa orang pekak dan orang buta bermusafir. dalam perjalanan tu, korang tidak akan memikirkan diri korang sahaja, secara sendirinya korang akan terfikirkan kawan korang yang pekak dan buta. cuba bayangkan, kalau korang tidak mempedulikan kawan korang yang pekak dan buta, apa yang akan terjadi kepada mereka? adakah mereka boleh hidup di tempat yang serba asing bersama dengan kekurangan pada diri mereka? apakah perasaan keluarga mereka apabila tahu yang mereka dibiarkan begitu sahaja? insan yang mempunyai akhlak dan akal budi atau common sense yang baik, akan sentiasa berfikir adakah kesan tindakan mereka terhapan orang lain. 
   
     pernahkan korang merasa kurang? 

       cuba korang fikirkan kembali, bagaimana dengan orang yang pekak dan buta? bagaimanakah mereka boleh meneruskan perjalanan (kehidupan) sedangkan mereka dalam serba kekurangan?
punca yang paling jelas adalah, kerana kita sentiasa memandang kepada seseorang yang lebih dari kita. beruntungnya orang buta dan pekak adalah kerana, mereka tidak mampu melihat kelebihan dan tidak mampu mendengar cerita tentang kelebihan orang lain. oleh sebab itu mengapa mereka mampu move on walau diri mereka serba kekurangan.

      kita dilahirkan diatas jalan yang sama, hanya bagaimana kita meniti perjalanan itu yang berbeza. ada orang yang lahir sahaja sudah di sayangi orang kerana berbapakan orang kaya, agamawan dan intelektual. ada orang yang lahir sahaja dibenci, dicaci dan dimaki kerana berbapakan gangster, penagih dadah, dan perompak. sebab itu kenapa kita kena berhenti membandingkan diri kita dengan orang lain yang kita pandang mungkin lebih beruntung. kerana kita cukup beruntung daripada orang yang pekak dan buta. tapi itu tidaklah bermakna kita perlu merendah-rendahkan mereka kerana keberuntungan kita dan ketidakberuntungan mereka. tapi cukuplah dengan menjadikan mereka sebagai role model untuk kita belajar mensyukuri dengan apa yang kita miliki hari ini.

    pernahkah dalam hidup ini kau sentiasa melakukan kesilapan? bohonglah kalau kau katakan kau tidak pernah melakukan kesilapan. kita semua adalah manusia, dan kita bukanlah tuhan immortal oleh itu sebabnya mengapa kita sentiasa melakukan kesilapan. walaubagaimanapun, apa yang penting adalah, adakah kita belajar dari kesilapan itu? seperti pengkarya travelog ini, kesilapannya pada travelog pertamanya adalah, menghasilkan karya yang hanya bermotifkan emosi semata kerana putus cinta. namun, penulis travelog ni belajar daripada kesilapannya, dan akhirnya dia menghasilkan travelog yang lebih berat dan penuh dengan persoalan yang memerlukan korang untuk berfikir. 

    jadi adakah korang nak bangkit dan belajar dari kesilapan? atau tetap mahu duduk dan mengeraskan hati kerana sentiasa merasakan diri itu sentiasa betul?


 
  
    

No comments:

Post a Comment