Assalamualaikum, whats up, aku tahu ramai orang yang bertanya atau mungkin tidak. (tapi bagi aku tak ada langsung) orang yang bertanya kemana aku menghilang selama ini. ye la, blog ni simple je, viewers pon tak ramai, malah gambar aku pun tak pernah aku tunjukkan. pasal aku terlampau handsome nanti ramai pulak awek cair...hehehehe...
jadi, kenapa aku menghilang?
sebenarnya aku ada je di sini. cuma aku tinggalkan sekejap masa untuk menulis blog. kerana, aku nak fokuskan untuk bantu family aku. sebenarnya tahun lepas, parents aku bukak satu kedai makan di kafeteria KWSP jalan raja laut. kemudian, mereka upah seorang akak dan suami dia untuk jaga kedai tu. akak tu chef, dan suami dia cashier. nak dijadikan cerita, mereka telah membuat satu percaturan yang salah, kerana akak yang hidup susah dan menerima bantuan zakat itu adalah seorang penipu. sama juga suami dia. kami tak buat laporan polis kerana, segalanya melalui naluri kami sahaja, hujahnya adalah, sebagai contoh, kalau sales rm1000 kemudian beli barang juga seribu, jadi mana pergi selebihnya? dan lagi meguatkan dakwaan kami adalah, kerana tiada seorang pun ahli keluarga kami yang pantau aktiviti mereka. jadi, teori kami begini, sales rm1300, beli barang seribu, jadi lagi rm300 mereka ambil.
masalah lain yang akak chef dan suami dia beri kepada parents aku adalah, mereka tak konsisten dalam bekerja. korang semua percayalah dalam seminggu mesti mereka akan minta cuti sekurang-kurangnya tiga hari. implikasinya, customer banyak dah lari. ye la, kalau buka kedai makan, malah apa-apa jenis kedai pun kena konsisten. kalau sekejap buka dan tutup, nanti orang marah. akhirnya, parents aku dah rugi teruk. duit beribu habis, malah nak balik modal pun tak boleh. sebulan niaga boleh bayar sewa je. dan jangan korang ingat perkara ni tak effect pada aku. dia effect teruk pada aku. masa itu aku dah sambung belajar dalam bidang Psikologi, dan aku hanya sempat belajar selama empat semester sahaja. (daripada tujuh) pasal parents aku dah tak mampu tanggung aku belajar.
tapi jangan fikir aku enjoy lepas berhenti belajar. sebenarnya hidup aku sangat susah selepas berhenti belajar. duduk rumah without earn nothing selama sebulan lebih. tambah pula masa tu mak aku sakit(ada ketumbuhan pada rahim) dan itu memerlukan kos rawatan yang agak tinggi juga. jadi mak aku pun kurang mampu untuk beri aku duit belanja. apa lagi ayah aku? duit bss (berhenti secara sukarela) banyak habis kat akak penipu itu. kat rumah tak ada bahan nak masak, so aku kena beli makanan dari luar. satu hari tu, macam hari-hari biasanya, aku start enjin motor untuk beli sarapan, tapi tak boleh. lepas check rupanya pasal minyak dah habis. tapi dalam wallet aku ada rm5 je. so, macam mana aku nak isi minyak motor sambil beli sarapan? nasi lemak paling murah rm1.20, minyak motor dalam botol sekurang-kurangnya kena isi rm3 untuk pergi dan balik. belum masuk lagi makan tengah hari at least rm5.
tetapi, nasib baik aku ni jenis yang berfikir ke hadapan. jadi, aku sediakan "tabung kecemasan" untuk aku gunakan bila susah nanti. dan bila aku pecah tabung itu, ada lah dalam rm50. lepas itu, untuk isi minyak motor pula, aku gunakan minyak tanah yang aku simpah dalam stor untuk bakar sampah. nasib baik cukup untuk pergi dan balik kedai. aku cuba gunakan rm10 untuk belanja makan pada hari itu, dan gunakan lagi rm30 untuk melawat mak aku di hospital (rm10 tol, rm 20 minyak kereta).
iyalah orang kata seorang emak tengah susah macam mana pun, mesti akan tolong anak dia. masa aku pergi melawat mak aku di hospital bersama kawan aku nadia keesokan hari, mak aku bagi aku rm100 untuk belanja. tapi itu pun setakat 2-3 hari sahajalah aku makan sedap. tak lama selepas itu, aku makan coklat kitkan dengan air feel fresh yang berharga rm2 di kedai runcit sebagai sarapan pagi. (actually makan makanan manis bersama dengan minuman manis boleh menimbulkan rasa muak untuk beberapa jam). pada waktu tengah hari pada hari yang sama, secara tiba-tiba ayah aku call, katanya nak bagi duit belanja. dan masa itu juga ayah aku dah mulakan bisnes baru iaitu carwash. buat pertama kali sahajalah ayah aku dapat duit banyak, tapi selepas kawan dia selaku share partner mengkhianati dia sekali lagi kami hidup susah. tapi masa ayah aku suruh datang carwash itu, ayah aku cakap yang dia sudah berhentikan akak scammer dan suami dia. so, aku akan ambil alih kafeteria itu sepenuhnya. daripada itulah seolah-olah timbul sinar baru dalam hidup aku. aku dah boleh cari rezeki sendiri, dan bantu family aku. walaupun untuk pertama kali selepas aftermath, income aku taklah seberapa sangat, but at least aku boleh belanja guna duit sendiri tanpa menggunakan wang mereka.
tahun 2017 adalah tahun yang agak celaka bagi aku. walaupun dalam numerologi dan metafizik nombor 7 adalah nombor kegemilangan, tapi aku tak sabar untuk melepasi tahun itu.
so, disebabkan masalah kewangan yang sedang aku hadapilah aku terpaksa lupakan untuk berbloging sekejap, untuk aku fokuskan kepada kedai yang aku sedang usahakan. memang susah bukan hidup aku? ya, tapi kalau boleh aku dah tak mahu merasai kesusahan itu. aku tahu bukan semua orang ingin merasa hidup susah. tapi itulah yang mematangkan kita. serta kesusahan itu jugalah yang menjadikan kita manusia yang baik lagi bijak. exprience is the best teacher.
tapi Alhamdulillah dalam masa 6 bulan aku dan staf-staf aku berjaya naikkan semula kedai itu. dan dengan itu cukup juga duit untuk aku naik cruise ke krabi.
akhir kata, aku harap korang yang ushar blog aku ni kalau nak buat bisnes tolonglah berhati-hati. kalau nak buat bisnes, korang kena libatkan seseorang dalam ahli kelurga korang. untuk pantau kerja-kerja staf korang. terutama sekali untuk jaga duit.
aku ada sebab lain kenapa aku lama menghilang. iaitu kerana, laptop aku ada masalah harddisk. so, tak boleh nak start. tapi bila repair, data aku semua hilang. termasuk google chrome yang aku selalu gunakan untuk buka email dan blog aku. ye lah, dah terbiasa buka email dalam keadaan selesa, email dan password semuanya sudah tersedia, sampaikan aku pun dah terlupa apa email aku dan password aku. tapi entah kenapa selepas bangun daripada tidur waktu asar hari itu, aku berjaya ingat balik apa email dan password aku. dan aku reunite semula dengan blog aku ni.
akan tetapi, selepas aku berjaya buka semula blog ni, aku check post aku yang lepas-lepas aku rasa ohh shiitt...aku rasa aku tak post langsung benda yang berguna dalam blog aku. hanya rungutan tentang hidup aku yang chaotic sahaja yang aku post. dan yang lagi teruk adalah, tanda baca pun salah.
so, aku sedang lebihkan lagi bahan bacaan aku, dan aku boleh memperbaiki cara penulisan aku. disamping itu, aku boleh kongsi perkara yang berguna dengan viewers aku. aku plan nak buat review tentang buku, lirik lagu dan filem selepas ini. aku juga nak berkongsi ilmu masakan. sebenrnya aku nak juga berkongsi assignment yang aku buat, jadi korang yang ambil course yang sama dengan aku (Psikologi dan kaunseling) boleh ambil contoh. kerana kebanyakan contoh assignment hanya ada dalam bahasa indonesia. aku pun susah juga untuk buat assignment kerana kebanyakan rujukan di dalam bahasa indonesia pasar dan susah untuk difahami. tapi apakan daya kesemua data dalam laptop aku dah hilang. akhir sekali, aku harap korang berterusanlah ushar blog yang tidak seberapa ini.
tapi hari ni aku nak tunjukkan gambar aku, sekejap ye.
ok, nama mamat ni emran hasmi. (pelakon hindustan) muka bulat dah sama, tapi cuba korang bayangkan muka dia versi melayu. kulit gelap, hidung kembang dan dahi lebih jendul. maka macam itulah muka aku...hehehehe
No comments:
Post a Comment