Saturday, 13 October 2018

dah tua pun main muzik lagi

semasa tengah dengar lagu scorpions yang bertajuk under the same sun tadi, tiba-tiba pula aku tertanya tentang perkembangan band ini. lalu aku pun google scorpions 2018.

WE WILL COME TO GUADALJARA MEXICO IN 18 APRIL AND WE WILL ROCK YOU LIKE A HURRICANE !!!

selain daripada mexico, scorpions akan buat event lain lagi. antaranya :

2 November (jumaat) Perth, Australia
12 November (isnin) Auckland, New Zealand
4 October 2019 (jumaat) Rio de janeiro, Brazil

terkejut juga aku yang scorpions masih belum bersara dan masih meneruskan karier muzik mereka. pasal, kalau korang nak tahu, scorpions dimulakan pada tahun 1965 di Jerman. kalau satu dekad 10 tahun, maknanya, sehinga ke tahun 2018, scorpions telah berusia 5 dekad iaitu 50 tahun. dan mereka telah menghadapi beberapa pertukaran ahli sepanjang karier muzik mereka. walau bagaimanapun, ahli asal iaitu, Klaus Meine (vokalis), Rudolf Schenker (Rhythm Guitar) dan Matthias Jabs (Lead Guitar) masih lagi berada dalam kumpulan ini.

aku pun cari balik koleksi majalah ROTTW didalam bilik. dan aku jumpa balik ROTTW edisi 2012 yang dalamnya ada sesi temubual dengan Rudolf Schenker. Rudolf mengatakan bahawa, kalau kawan-kawannya buat keputusan untuk membubarkan scorpions, beliau akan menubuhkan kumpulan akustik yang baru. berdasarkan kenyataannya itu, menunjukkan bahawa beliau tetap akan meneruskan kerjaya muzik walaupun tanpa scorpions. dan semasa temubual itu, umur Rudolf telah pun mencapai 70 tahun. tapi memang macam itulah mat salleh. apa yang mereka suka, mereka akan teruskan sampai tua. kerana mereka gembira dengan benda itu. dan ini memberi aku semangat untuk teruskan kerjaya dalam bidang yang aku minati (penulisan dan muzik)



No comments:

Post a Comment