Wednesday, 23 January 2019
Review idiosinkratik eudamonik
Agak unik perkataannya, adakalanya semacam mengada pun ada juga. apakah itu kebahagiaan? suatu persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran setiap manusia tidak kira lelaki ata perempuan, orang tua atau orang muda dan raja ataupun rakyat. akan tetapi apa bila disoal, semua terdiam memikirkan apa jawapannya. ada yang mengatakan kebahagiaan itu dapat dicapai apabila seseorang itu memiliki sesuatu yang material (kebendaan), ada yang kata bahagia itu tenang, ada juga yang mengatakan bahagia itu hadir apabila kita suka dengan apa yang kita kerjakan. jika kita tanyakan pada orang-orang sufi, jawapannya mestilah kebahagiaan itu apabila seseorang itu mencapai tahap kerohanian yang tinggi atau dekat kepada tuhannya.
Oleh itu, buku ini membahaskan teori tentang kebahagiaan. ia bukanlah menulis tutorial cara hendak menjadi bahagia macam tutorial pakai tudung, akan tetapi teori dan falsafah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. isinya tidaklah klise, walaupun tajuk yang sering dibahas oleh ustaz/ustazah selebriti dan pakar motivasi, tapi pengisiannya lebih berat dan banyak point yang membuat kita terfikir. dengan mengambil contoh daripada pemikir barat, tidak ketinggalan juga untuk mengambil contoh daripada pemikir islam dan al-Quran serta as-sunnah.
Penulis ini berbicara tentang kebahagiaan dari sudut individu tanpa mengetepikan isu-isu semasa dan hal-hal masyarakat. ini menunjukkan bahawa, jalan tengah sentiasa menjadi jalan yang terbaik dalam mengecapi kebahagiaan. jika kita memikirkan bahawa kebahagiaan itu bersifat individual, dalam tidak sedar kita telah meragut kebahagiaan orang lain. contoh mudah; kau gembira ada kereta yang memudahkan kau bergerak ke mana sahaja, tapi pernah tak terfikir berapa banyak asap yang kau lepaskan daripada kereta itu dan menyebabkan pencemaran udara.
Aku teringatkan satu pepatah yang berbunyi, kezaliman berleluasa bukan kerana ramainya orang zalim, akan tetapi kerana diamnya orang-orang yang baik. jika paternalism bermakud campur tangan politik pihak lain terhadap pihak lain tanpa kerelaan pihak yang dicampur tangan itu, maka boleh di samakan dengan pepatah di atas. logik juga memikirkan bahawa, mana ada orang zalim yang rela urusan mereka dicampur tangan. berapa ramai orang yang menggunakan frasa "buat hal sendiri" lantas membiarkan kemungkaran dan kezaliman berlaku.
cara politik paternalistik itu juga mempengaruhi kebahagiaan, apabila pemerintah itu membuat sesuatu polisi yang tidak adil dan culas, pihak yang campur tangan itu perlulah selesaikannya dengan menggunakan akal pekerti dan bukan kekuatan. bab kata penulis, bagai dua anak jantan dengan seorang ayah yang berusia enam abad.
Manusia tidak akan mampu hidup sendirian, terutama sekali dalam perjalanan mencari kebahagiaan. hidup sendirian hanya akan menambahkan keperitan dan depresi. maka di situ diperlukan seorang kawan. akan tetapi kawan yang bagaimana? dia adalah seseorang yang tertarik dengan perwatakan kau, cara percakapan kau, dan idea yang kau sumbangkan. dengan dia kau tak kekok untuk meluahkan perasaan yang membatuti diri engkau. dan dengan dia kau tidak juga kekok melontarkan idea dan pandangan kau tentang hal-hal yang melibatkan masyarakat dan negara. dia sedar akan kekurangan kau, tetapi masih menerima diri kau. dan menegur kau apabila kau hanyut dalam lautan syok sendiri (leka).
Turut menyentuh tentang trendaya yang berkembang pesat bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan terutama dalam kalangan anak-anak muda, penulis ini turut menyatakan bahawa kebijaksanaan bukan sahaja mengesan sesuatu polar, akan tetapi menidakkan polar yang tidak sekata. oleh itu, bukanlah bermakna kau kena tolak semua trendaya, tapi hanya trendaya yang tak relevan sahaja.
Ramai orang menganggap bahawa kematian sebagai permulaan kepada ketidakbahagiaan mereka, namun kematiannya adalah realiti. semua makhluk diatas muka bumi, tidak kira binatang atau tumbuhan, manusia sama ada raja, rakyat, revolusioner, reformis dan sebagainya pasti akan menghadapi kematian. ianya tidak dapat dipertangguhkan apabila tiba waktunya. persediaan menghadapi kematian ada tiga: kecukupan dan kepuasan (i) kerelaan(ii) emansipasi(iii).
Teringat aku pada kata-kata Denzel Washington di dalam cerita The Equalizer 2 apabila menasihati anak-anak muda african american supaya jauhkan diri dari kegiatan gangster; jauhkan diri kau daripada gangsterime. kau hidup hanya sekali, dan kau tidak tahu kematian itu bagaimana. apa lagi yang kau mahukan dalam hidup selain daripada ketenangan? quote ini kenalah dengan tiga point di atas. dalam membuat persediaan menghadapi kematian, perlulah kau berpuas hati dengan kehidupan kau. caranya ialah dengan mencari apa yang kau berminat dan bakat kau, lalu cipta satu pencapaian dengannya. selain itu, hendaklah juga kau menjauhkan diri daripada budaya-budaya negatif kerana ianya punca keperitan dan kau akan menyedarinya apabila sudah terlambat(i) setelah kau berasa puas dan cukup dengan hidup kau, hendaklah kau menerima hakikat bahawa kematian adalah sebahagian dari kehidupan (ii) bagi point keralaan, kematian adalah kebebasan. kerana dunia hanya dipenuhi dengan kemurungan dan depresi. apabila sedar akan hal ini, kau akan punya motivasi untuk mencari makna dalam kehidupan dan membuat kau bersungguh dalam mengerjakan perintah tuhan. dan dengan izinNYA kau tidak akan risau lagi menanti hari itu(iii).
Kebahagiaan itu bukanlah sesuatu yang material, galilah sampai ke perut bumi, malah sampai ke langit ke tujuh pun, kau tidak akan nampak kebahagiaan itu. tapi ianya adalah partikel zarah yang bercaj positif yang terbang memasuki fikiran dan menjangkiti hati lalu memberikan wabak tenang.
agak susah untuk meneka apa itu kebahagiaan sebenarnya. tapi aku ada satu idea, apa kata kau melakukan kebaikan kepada sesama makhluk tuhan, serta jalankan perintan dan jauhi larangannya. apabila sampai di pintu syurga nanti kau tanyalah padaNYA apa pun tentang kebahagiaan. kerana secara rasminya kita telah meraih kebahagiaan total.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment