Salam, dah setahun aku tak update blog ni. berdasarkan tajuk di atas, benarkah pernah berlaku coronavirus pada zaman kerajaan mamluk? sebenarnya tidak, aku nak ceritakan satu kisah pada zaman tersebut yang boleh dijadikan teladan. sambil tu aku nak bebel sikit.
ketika Sultan Saifuddin menaiki takhta, dunia ketika itu sedang berhadapan dengan krisis kemanusiaan paling besar kesan perluasan kuasa tentera mongol.
Penyembelihan di Beijing, kejatuhan Baghdad, pembunuhan khalifah, percerobohan Rusia serta wabak penyakit kesan pengurusan mayat terlalu banyak (5% penduduk dunia mati kesan perluasan kuasa tentera mongol) adalah krisis terbesar masyarakat dunia ketika itu.
Sultan Saifuddin pula bukanlah seorang pemerintah yang sangat berpengalaman. kerajaan mamluk yang diperintahnya pula bukanlah sebuah empayar yang stabil. dalam tempoh 144 tahun pertama, kerajaan ini diperintah 29 orang sultan. 10 daripadanya mati dibunuh, 12 digulingkan dan hanya 7 orang sultan sahaja yang berjaya memerintah sehingga ke akhir hayat.
Ketika itu pula rejim mongol berada di kemuncak kuasa. Empayar mereka terbentang luas daripada Poland di barat, hingga ke Korea di timur. Rusia di utara, Pakistan di selatan. 1/4 dunia ketika itu berada di bawah telapak kaki kuda mereka. mereka tidak pernah kalah sejak diasakan oleh Khan teragung pada tahun 1206.
Berdepan dengan ancaman Mongol ketika itu bukanlah sesuatu yang mudah buat Sultan Saifuddin. siri2 perang salib sebelum ini sudahpun hampir memnusnahkan ekonomi masir. dan kini mereka perlu berhadapan dengan tentera mongol. yang mahu meluaskan kuasa ke bumi Afrika.
Sudahlah berseorangan selepas tumbangny Baghdad dan Empayar Khwarizam Syah, Mesir juga dikhianati oleh kerajaan2 islam kecil disekitarnya. Raja Damsyik dan Halab mengadakan perjanjian dengan mongol dan bersedia membantu rejim tersebut menakluk mesir. sebahagian ulama pula mengharuskan perjanjian damai dengan Mongol dengan hujah yang sangat mengelirukan.
Sultan Saifuddin ketika itu merayu. Baginda menulis kepada Raja Nasir (pemerintah Damsyik dan Halab) menyatakan kesanggupan dipimpin oleh Raja Nasir asal saja beliau menolak untuk membantu dan bersekutu dengan Mongol. Malangnya Raja Nasir tidak melayan langsung permintaan saudara seagamanya itu.
Ketika itu Sultan Saifuddin nekad mengisytiharkan perang terhadap tentera mongol. walaubagaimanapun, keputusannya itu mendapat tentangan daripada panglima2nya kerana menganggap tindakan itu sebagai perbuatan membunuh diri.
maka terbitlah quotes daripada Sultan Saifuddin yang menjadi motivasi kepada pemimpin islam ketika itu;
"Wahai pemimpin kaum muslimin, kamu tidak suka berperang. sedangkan aku akan keluar berperang. Barangsiapa yang memilih untuk berjihad, maka temankanlah aku. Barangsiapa yang sebaliknya, pulanglah kalian ke rumah. Allah akan memerhatikannya. sesungguhnya setiap kehormatan kaum muslimin yang di cabul, akan ditanggung oleh mereka yang enggan berjihad.
Ketika itu tersentaklah semua panglima perang mamluk. Bahawa jihad ketika itu adalah satu kefardhuan dan bukan lagi satu pilihan.
Ketegasan dan semangat sultan inilah yang membakar semangat seluruh rakyat seluruh rakyat. mereka lemah, mereka tiada apa2. tetapi mereka tahu bahawa penyatuan adalah kekuatan sebenar umat islam.
Ulama memberi restu. Sultanul Ulamak Abdul Salam mengeluarkan fatwa kewajipan berperang serta sama2 menyelesaikan masalah kewangan ketenteraan yang kian meruncing.
Sultan Saifuddin kemudiannya melaksanakan strategi penting-membawa keluar tentera berberang di luar Mesir. ia amat janggal memandangkan kebiasaannya tentera yang kecil akan memilih untuk bertahan di kota.
Tetapi pandangan baginda, menyerang dahulu akan membolehkan tentera islam memiliki elemen kejutan dan mengelakkan kerosakan besar kepada negaranya.
Perang akhirnya berlaku di Ayn Jalut, Palestin pada tahun 1260 masihi. kejutan serangan mamluk serta sikap terlalu yakin mongol akhirnya menyebabkan kekalahan pertama rejim itu dalam sejarah. Panglima utamanya-Katabgha mati dibunuh Jamaluddin Aqush. tentera Mongol yang lain sama ada ditawan atau terpaksa melarikan diri.
apa yang nak aku bebelkan?
aku nak cakap ni untuk di tujukan kepada balaci-balaci politaik yang sibuk berpolitik dalam keadaan kritikal begini. sepatutnya sekarang adalah masanya untuk kita keluar dari medan politaik! tolong ketepikan segala kepentingan dan fahaman politaik. menghentam dan menyerang kerajaan tidak akan mendatangkan sebarang perubahan. apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah, ikut arahan kerajaan. ada Doktor kata, virus ni datang daripada haiwan liar yang dimakan oleh manusia. haiwan liar adalah rumah kepada virus ni. tetapi apabila manusia makan haiwan liar tersebut, virus ini hilang perumah asal. lalu pindah kepada manusia untuk dijadikan perumah baru. lalu berpindah kepada manusia lain untuk dijadikan perumah baru. akan tetapi, doktor tu tambah lagi, virus ni boleh mati dalam masa 14 hari kalau seseorang tu takda contact dengan orang lain. itu sebabnya kenapa kerajaan laksanakan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari.
malangnya ramai yang tak faham bahasa. kerajaan bagi cuti sibuk nak balik kampung, pergi travel, dan sebagainya. kemudian salahkan kerajaan kononnya lambat. sedangkan korang yang cari bala.
bagilah pemimpin yang hebat macam Vladimir Putin sekalipun, tapi kalau orang bawahan tidak mempunyai disiplin yang baik masalah tetap tak akan selesai.
sekarang kat facebook semua orang tengah sibuk berdrama yang jemaah tabligh difitnah sebagai pembawa penyakit. sedangkan penyakit berasal dari china. tapi tahu tak, sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan banyak acara yang dibatalkan pada saat-saat akhir kerana penularan wabak yang membawa maut ini? tapi lima hari sebelum tu, jemaah tabligh bebas berkumpul beramai-ramai. aku ada tengok satu video tentang covid-19, mat salleh dalam video tu yang mengupas tentang hadis nabi Muhammad saw yang melarang pergi ke negeri lain atau keluar dari negeri sendiri ketika berlaku wabak penyakit berjangkit. pelik orang islam yang mengamalkan sunnah tak ambil pengajaran daripada hadis tersebut. tambahan pula selepas perhimpunan tu, ramai yang lari taknak buat ujian saringan sampaikan ada tabligh sendiri yang marah dengan menyatakan merekalah yang menyebabkan fitnah kepada agama dan jemaah tabligh itu sendiri. ada kawan bagitahu aku, ada tabligh kata dorang bukanlah taknak buat ujian saringan, tapi orang ramai sangat. jadi tolonglah jujur dan bertanggung jawab atas perbuatan sendiri.
walaubagaimanapun, ada nurse cakap yang jemaah tabligh ni adalah pesakit yang mendengar kata. Alhamdulillah terima kasih diucapkan. dan juga aku bersimpati kerana wabak ini menular dalam kalangan jemaah tabligh dan kebanyakan yang meninggal pun adalah dari kalangan jemaah tabligh. semoga mereka sihat kembali. dan yang meninggal tu, semoga dicucuri rahmat Allah.
semalam ada seorang libertards yang berprofesi peguam, dia hentam kerajaan kerana perintah kawalan pergerakan. kononnya menyalahi hak asasi manusia. korang memang pro bab so-called hak asasi. tapi korang tak pro bab sains perubatan. apakah hak asasi yang korang maksudkan? kebebasan berkeliaran dan menyebarkan penyakitkah? kalau korang nak kritik apa yang kerajaan buat sekarang tak betul, apa kata kalau korang kemukakan solusi macam mana nak cegah penularan wabak ni.